Saturday, November 8, 2008

sukarnya istiqomah mempertahan kebenaran..

Fuhh!! akhirnya..aku kembali dapat menulis alhamdulillah. Kejutan budaya yang aku alami sepanjang minggu pertama aku menjadi warga qisim Qadha di Abidiah sangat memberi impak. Aku yang selama ini sangat enjoy,bersenang- lenang dan banyak membuang masa tiba-tiba dikerah untuk memberikan 100% komitmen pada gaya hidup yang baru ni. Perlu terpacak di bus stop sejam lebih awal dari waktu pengajian (kelas start pukul 8 pagi tiap hari tapi kalau sabtu, mula pukul 7 pagi isk.. isk), terkial-kial cuba memahami isi pengajian dari masyaikh, pulang ke aziziyah pada tengahari dan hadir semula ke abidiyah pada malamnya seawal jam 6 petang hingga 10 malam. Kelas malam pulak kebanyakkan berakhir sekitar pukul 9.30 p.m yang menatijahkan satu perkara-takde public transport untuk balik!Hati akan berdebar-debar dan mulut akan terkumat-kamit berdoa sambil berjalan seorang diri di tengah malam pekat moga-moga ada yang sudi mempelawa untuk pulang bersama dengan keretanya. Wal-hasil, aku akan sampai ke rumah setiap malam dalam keadaan mamai dan ada tikanya terus tertidur dengan pakaian sekolah!(hari pertama aku di abidiyah, aku tertidur di kedai sandwich kerana terlalu lapar dan letih untuk berjalan).

Maka banyaklah rutin aku selama ini-sama ada yang baik ataupun yang buruk- tertingal dan terbengkalai dek jadual hidup baru ni. Nak tidur lepas subuh memang jangan harap dah la. Iadah al-Quran pun makin longgar. Tahajjud dan dhuha kadang-kadang miss balik. Mathurat dan zikir harian makin kurang bertandang. Aduh..sepatutnya dengan level pengajian sekarang aku makin dekat dengan Allah tapi sebaliknya pulak yang jadi. Memang tak dinafikan, positive side nya ada. Makin kurang tengok cerita, dengar lagu, tidur dan sebagainya tapi masih tak dapat tutup negative side tu. Memang aku dapat rasakan yang aku ni hamba yang sangat lemah. Lemah fizikal, lemah mental dan lemah spiritual..

Namun malam ni..aku rasa agak bertenaga sikit. Mungkin jugak aku dah mula membiasakan diri dengan jadual pengajian. Mungkin jugak kata-kata semangat isteri ku sebentar tadi kembali meniupkan roh perjuangan dalam diri aku.( Kami berbual di ym td dan dia memberi pesan supaya aku kuat semangat. Waktu aku dalam kelas tadi pun dia hantar msg dan bagitahu yang dia sedang baca quran dan solat sebelum tidur dalam usaha untuk islahkan diri semula). Apa pun, yang pasti aku cuba untuk mula menulis semula dan cuba lawan rasa letih yang sedikit ni (saat aku menulis ini aku baru sahaja pulang dari kelas nahu dan thaqafah islamiah). Aku yakin menulis ini satu ibadah. Aku yakin setiap ibadah akan diganjari. Aku juga yakin keletihan ini juga akan terbayar kelak.

Pun begitu, aku juga insaf. Malam ni aku rajin dan bersemangat tapi malam esok belum tentu. Malam ni aku mampu bermadah tentang ibadah malam esok belum tentu aku akan kuat semangat untuk mujahadah dalam ibadah. Sekarang..dalam ingatan aku,terngiang-ngiang cerita isteriku padaku satu ketika dahulu perihal artikel tulisan Dr. Asri Zainul Abidin. Dan kini aku makin dapat merasa kebenaran kata-kata beliau ' Sukarnya istiqomah mempertahan kebenaran...'



Moga aku dikurnia ilmu, iman dan istiqomah...

No comments: