Tuesday, October 28, 2008

Pakcik kata...

Pakcik kata tarbiah tu ada 3 peringkat. Mula-mula ILMU DAN MA'RIFAH. Mengetahui dan menyimpan maklumat menggunakan aqal. Lepas tu beralih ke peringkat WUJDAN. Maknanya penghayatan dan keyakinan menerusi hati. Tak berhenti setakat itu, perlu bergerak ke peringkat 'IBRAH DAN SULUK. Membawa maksud penterjemahan penghayatan dan keyakinan dalam kehidupan.

Kata pakcik, banyak orang khususnya penuntut ilmu sampai ke peringkat pertama. Berhasil mengumpul maklumat dan tahu segala ilmu dengan lengkap. Tapi bukan semua yang sampai tu berjaya ke peringkat kedua. Natijahnya, ramai yang tahu kelebihan zikir tapi tak ramai berusaha melaziminya. Ramai orang tahu jihad besar ganjarannya tapi berapa ramai jer sanggup turun ke medan dengan sepenuh hati. Bukan sikit orang bercakap soal kenikmatan syurga tapi tak ramai yang giat beramal untuknya.

Tambah pakcik, bila ada yang sampai peringkat kedua, cabarannya lagi getir. Tahu dah tahu. Hayati dan yakini pun sudah. Tapi ilmu tu terhenti setakat tu jer. Tak bagi kesan pada akhlaq dan cara hidup. Malahan i'tiqad pun masih tersasar. Firaun yakin akan kenabian Musa dan Harun tapi tak mahupun dia beriman kepada Allah. Abu Talib tahu dengan pasti, yakin dengan sepenuhnya yang Muhammad itu bukan pembohong. Jauh sekali gila. Namun tetap jugak dia tidak beriman dengan dakwah anak saudara kesayangannya tu sampai mati. Kalau orang Islam pulak, ramai je yang yakin Allah tu maha mengetahui tapi tak la seramai tu yang tak berani mengumpat, mencuri ataupun paling tidak simpan perasaan ujub dan hasad dalam hati.

Pakcik terus berkata yang seharusnya ilmu itu membawa manusia kepada ketiga-tiga peringkat. Setelah tahu dia yakin dan setelah yakin dia terjemahkan keyakinan itu dalam kehidupan. Keyakinan tu merubah i'tiqadnya. Keyakinan tu membentuk akhlaqnya. Keyakinan tu membakar semangatnya dan memperteguh pendiriannya. Keyakinan itu akan muncul hasil d dari keikhlasan mencari kebenaran. Bukan dari lama atau sekejap dia mengumpul ilmu. Wasil bin Atha' lama berguru dengan Imam Hassan al-basri tapi rosak juga dia akhirnya. Ahli-ahli sihir yang asalnya seteru Musa terus tunduk sujud kepada Allah bila mengetahui dan meyakini kebenaran yang terbentang. Tak tunggu-tunggu. Tak tangguh-tangguh. Di tempat yang sama, di depan Firaun yang sama. Itulah kesan ilmu yang pantas begerak dari peringkat pertama ke peringkat kedua dan ketiga hasil dari keikhlasan dan kejujuran dalm pencarian.

Pakcik kata lagi sebelum berpisah " Al-Quran ini mengandungi kisah-kisah orang yang terdahulu dan orang yang terkemudian. Al-Quran bawa kisah bukan sekadar untuk tujuan 'izah tapi 'ibrah. Dalam bahasa, kalimah 'ibrah berasal dari perkataan tiga huruf -'ain ba ra- jalan, lintas, lalui. Kisah-kisah dalam Al-quran diturunkan untuk jadi panduan bagaimana hidup ini perlui dijalani, dilintasi, dan dilalui. Dia macam manual book. Kita semua tahu hari esok dalam kehidupan merupakan misteri yang mustahil manusia dapat mengetahuinya. Berjalan menuju hari esok seumpama menapakkan kaki ke hadapan dalam keadaan gelap dan teraba-raba. Tak de siapa yang tahu apa yang menanti di hadapan. Tapi Allah tu sifatNya sangat pemurah. Sangat pengasih bagi yang beriman. Dia datangkan kisah yang sarat dengan ibrah. Jadilah orang yang beriman itu tenang, yakin untuk melangkah menuju hari esok. Orang beriman itu mengetahui, meyakini dan mengambil pelajaran berkesan dari 'ibrah. Tak tahu dengan pasti pun tak pe apa yang bakal berlaku hari esok . asalkan hidup dijalani berpandukan ibrah.

Aku merenung jauh. Siapakah aku dan di mana aku sekarang?..

No comments: