Thursday, March 4, 2010

The soul is singing

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ

Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya...


Bila terasa rindu ku sebut namamu

Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh...

Oh... Jauh sekali hidup di sini berbeza

Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu...



Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja

Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar...


-------------------------------------------------------------------------------------------------



Dikau ...membuat hidupku ceria
Dengan senyummu ku memuja kebesaran
Tuhan Yang Maha Esa

Bahgia..ku rasa tika bersamamu
Tiada apa yang dapat digambarkan
Membawa sinar baru


Janjimu kepadaku

Sentiasa disisiku selalu
Menempuhi segalanya
Namun kini, kau tiada lagi
Mungkin kita kan bertemu
Takdir penentu


Namun...kan ku teruskan hidup ini

Kan ku buktikan segala cita dan janji
Suatu hari nanti



Sukar untuk kutemui lagi

Insan mulia yang sejati
Suka dan duka bersama kita lalui

Namunku kan terus

Cita kita janji kita
Walau kau tiada di sisiku lagi
Menempuhi segalanya
Kan ku teruskan jua
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu


------------------------------------------------------------------------------------------------
not really in mood to write anything right now. Quoting some lyrics to express the feeling that killing me softly from day to day. Dear Allah, i really miss my wife and my daughter. Help and guide me with your love to face the coming days..

No comments: