Saturday, November 15, 2008

It's Never Too Late

Aku tak tahu sebenarnya bagaimana harus aku mulakan bicara ini. Sebetulnya aku langsung tidak mahu mengulas panjang persoalan kepimpinan PPM Makkah sama ada yang sudah lepas ataupun yang aku terajui sekarang. Aku tidak mahu buang masa dengan perkara seumpama itu. Tugas semakin banyak, masa semakin terhad dan cabaran semakin besar. Tiap kelalaian akan mengundang padah buat persatuan. Namun feedback yg diperolehi melalui blog-blog sekitar Makkah, Jeddah, dan Malaysia usai AGM berkenaan jawatankuasa PPM yang baru sedikit menggusarkan aku lantas menyebabkan aku mengambil keputusan untuk turut menyatakan pandangan dan pendirian aku terhadap perkara ini.

Jujurnya aku berterima kasih dan berasa senang hati atas ucapan tahniah yang tak putus-putus dari teman-teman atas perlantikan ini. Ini bermakna mereka meyambut baik dan bersedia memberikan peluang kepada aku dan rakan-rakan lain untuk meneruskan agenda dan misi persatuan. Memang itu yang aku harapkan. Namun aku juga berharap agar tiada sebarang perbandingan dibuat antara barisan kepimpinan sekarang dan yang lepas kerana perkara itu hanya akan menimbulkan kekeruhan dan keretakan untuk jangka masa panjang.

Tiap pasukan punyai kelemahan dan kekuatan masing-masing. Dan persatuan dibina bertujuan untuk mengumpul seterusnya mengembleng kekuatan-kekuatan yang ada untuk kebaikan bersama. Bukan tempat untuk mempamer kejaguhan masing-masing. Jauh sekali untuk mencari dan mendedah aib teman sepersatuan. Aku kira aku bertuah kerana dipilih untuk menerajui sebuah persatuan yang mempunyai variasi dari sudut pemikiran dan tingkah laku. Itu menjadikan persatuan ini indah dan memberikan harapan yang tak pernah kunjung malap. Umpama pelangi yang hadir seusai renyai hujan. Indahnya pelangi kerana berbilangnya warna dan nada. Munculnya pelangi menandakan masih ada sinar mentari selepas hujan.

Tidak aku nafikan permasalahan-permasalahan yang biasa( coomon issues) sememangnya wujud di kalangan ahli. Sedang rumahtangga sepasang kekasih yang dibina atas dasar cinta bisa tergugat sesekali dilambung badai, inikan pula 'rumahtangga' yang dibina hasil dari kecenderungan dan kefahaman yang berbeza. Namun bagi aku, itu tidak menjadi faktor wajib untuk gagalnya pelayaran sebuah bahtera yang bernama persatuan pelajar. Percayalah, sebuah bahtera hanya bergerak disebabkan adanya gelombang dan badai di tengah lautan. Jika tiada ombak,tiada badai mahupun angin memukul sekali sekala, nescaya bahteratersebut akan berhenti berlayar dan hilang 'kebahteraannya.'

Kini, PPM Makkah sekali lagi membuka lembaran baru dalam episod perjuangannya. Walaupun dengan gerak kerja dan strategi yang berbeza namun masih lagi dengan misi yang sama dengan dokongan ahli-ahli yang punyai segala macam kemahiran yang diperlukan. Lutfi yang sentiasa dedikasi dengan tugas yang diamanahkan dan selalu berjaya memainkan peranan sebagai orang tengah. Nawi seorang manusia yang dianugerahi Allah semangat dan pendirian yang teguh. Sesekali membuat aku terkejut dan terharu dalam diam bila mendengar pendirian dan tindakan yang terpancar dari jiwanya yang setia. Din yang selalu mampu membuka horizon pandangan yang luas kepada semua ahli terhadap sesuatu perkara. Harus disebut juga ipin yang sentiasa berkobar-kobar semangatnya untuk menyumbang. Wadi dan Falah yang sangat boleh diharapkan untuk melaksanakan tugas dengan baik. Ayub yang penyabar dan teliti serta Shahir,seorang mudah diajak berbincang dan prihatin terhadap urusan persatuan. Sokongan yang tak putus-putus juga turut datang dari ahli-ahli yang lain seperti Hakim, Hafiz, Mey dan Meor baik dari segi khidmat, sumbangan intelektual dan spiritual termasuk kritikan yang membina. Semua ini menjanjikan harapan dan masa depan yang cemerlang buat persatuan dengan izin Allah.

Aku ingin menutup bicara ini menyatakan harapanku kepada masyarakat awam yang sentiasa mengikuti perkembangan PPM. Sokongan dan doa dari kalian sangat diharapkan. Berikan kami semua peluang untuk terus buktikan bahawa PPM Makkah bukanlah sekadar sebuah persatuan picisan tetapi persatuan yang 'hidup' dan mampu menjadi moderator kepada masyarakat. Andai ada kesilapan, tegurlah dan bimbinglah. Andai ada kebaikan, terimalah dan doakan kami istiqomah dan ikhlas dalam amal.

Buat teman-teman PPM semua, fajar kemenangan sedang menyinsing dihadapan. Kita merupakan ruh baru yang mengalir dalam jasad ummah. Pujian takkan sekali memajukan kita dan kejian tak pernah dapat bantutkan langkah kita. Kita akan terus bersatu dan melangkah bersama untuk kejayaan jemaah kita. Tiap kita adalah puntung kayu berbara yang bila terkumpul akan melahirkan julangan api yang berbahang. Kita akan mulakan sekarang..

Percayalah saudara-saudara kecintaanku...it's never too late!

6 comments:

Ibn al Haramain said...

salam ustaz bad.pertama tahniah ana ucapkan atas pilihan Allah ta'ala dapat masuk Kuliah Syariah.Semoga kita sama2 makin bersemangat menuntut ilmu di bumi barakah ini.
Kedua kami ucapkan tahniah buat enta menjadi YDP baru PPM Makah.Maaf xdapat hadir hari tuh,tapi percayalah,kalau ana ada pun insyaAllah ana pilih enta.Semoga berjaya membawa perubahan dan kami berdua di sini sentiasa berlapang dada andai perlu bantuan...nanti ada duit lebih ana nak ajak semua ahli PPM mari rumah ana insyaAllah:)

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

nantilah aku komen.. sebab ni komputer nawi, payoh nok menaip..hahaha

dhuha sakeenah said...

huhu~ when I read this one, malu la plak ngan entry sayang. ayat sayang selamba2 je. abang plak penuh dgn adab tertib dan bahas yang indah -_- uhuh.. takpelah, yang penting, apa yang dari hati sampai ke hati. be strong ya! I'll always be by ur side ^_~

Anonymous said...

tahniah atas pelantikannya ya sahabatku? (baca gune slang indonesia tau? hehe...) baru berkesempatan dtg ke blog ni,b4 dis tau blog yg korg bdua tu je. semoga diberi kekuatan oleh Allah utk menjlnkn tanggungjawab tu ye pak ustaz? hehe...wassalam

Anonymous said...

teruskan perjuangan!
i love 'pakcik kata'
:-D

Unknown said...

aish..ana rasa perenggan akhir tu boleh tujukan kat kami gak kot..semangat sket ni..

Buat teman-teman PPM semua, fajar kemenangan sedang menyinsing dihadapan. Kita merupakan ruh baru yang mengalir dalam jasad ummah. Pujian takkan sekali memajukan kita dan kejian tak pernah dapat bantutkan langkah kita. Kita akan terus bersatu dan melangkah bersama untuk kejayaan jemaah kita. Tiap kita adalah puntung kayu berbara yang bila terkumpul akan melahirkan julangan api yang berbahang. Kita akan mulakan sekarang..