Tuesday, October 28, 2008

29/10/2008

1. Jamiah Ummul Qura fara' aziziah- jumpa Said minta ifadah bas saptco untuk ke Madinah al
Munawarah.

- follow up dengan Bahmadi tentang jadual kuliah (lambat giler!)

2. Rumah PPM Makkah - gosok jubah, kemas beg,bertolak ke stesyen bas (jangka tiba di Madinah petang insyaAllah)

3. Rumah PPM Madinah - hadiri AGM PPM Madinah sebagai wakil pemerhati dari PPM
Makkah.

Sebenarnya aku memang nak pergi madinah minggu ni..tapi dengan tujuan yang lain. Kebetulan ada AGM PPM Madinah dan Ydp PPM Makkah minta aku jadi wakil. Hurm.. aku malas sebenarnya benda-benda AGM ni. Takpelah, mungkin ada ilmu boleh ditimba di situ. Harap-harap dapat jumpa orang-orang alim macam Hussaini, Abd. Rahman Melaka dan lain- lain untuk minta nasihat dan tanya beberapa persoalan. Mugkin aku tak dapat menulis sepanjang aku di Madinah. Tengoklah macam mana nanti. Saat aku menulis ni isteriku sedang berada di klinik menjalani pemeriksaan rutin ibu mengandung. Rasa sedih sangat tak dapat temankan dia. Moga Allah teguhkan hatinya dan hatiku. Aku rindu sangat pada isteriku.

aku mulakannya dengan basmalah...

Aku pun tak tahu macam mana aku nak mulakan tapi yang pasti aku harus mulakan sekarang. It's now or never. Dari dulu lagi aku nak tulis banyak perkara merangkumi pengalaman, perancangan, suka duka kehidupan di perantauan dan juga ringkasan pengajian dalam sebuah blog. Bermula daripada jebatkirana.blogspot kemudian dhuhasakeenah.blogspot...tak pernah dapat tulis elok- elok.Salah aku sebenarnya. Penyakit taswif menyebabkan tanggungjawab merekodkan kejadian- kejadian penting untuk ibrah generasi seterusnya tak dapat aku laksanakan dengan baik. Lebih 'memburukkan' keadaan, blog yg sepatutnya jadi blog aku dan isteri aku dah diceroboh hak kedaulatannya oleh rakan-rakan isteriku yang setia huhu..Depa pulak yang rancak bersembang kat situ. Tapi bagus jugak..sekurang-kurangnya marhamah dapat 'berjumpa' semula dengan kawan-kawan lamanya dan berbual mesra setelah lama terpisah. Kira-kira semenjak aku muncul sebagai watak utama dalam hidupnya. Aku akui, ini merupakan salah satu pengorbanan daripada sekian banyak lagi pengorbanan lain yang telah dia lakukan untuk perkahwinan ini(hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasanya padaku). Aku cuma berharap buah hatiku itu dapat menikmati juga masa remajanya seperti remaja-remaja yang lain walaupun tak sepenuhnya. Berkawan, berborak,bergurau dan berceloteh biarpun dia telah terikat dengan rumahtangga. For me, This is my field and i am the only one player here.. hehe.

Masa nak pilih tajuk blog, aku terkedu dan 'blank'. Takde idea! tak tau nak letak nama apa. Aku memang bukan sepuitis marhamah dan bukan jugak sekreatif dia. Kalau dia boleh come out with a lot of great ideas in naming and branding, aku pulak terkial-kial nak letak nama blog aku sendiri..huh!Ada jugak sebenarnya beberapa nama yang muncul dalam zihin aku tapi bila aku cuba tulis nama- nama tu sebagai nama blog, macam macam komen yang aku sendiri bagi pada mereka. 'jiwang siut', 'eei..geli lah', pergh..ni dah thiqoh sangat', erk..betul ke aku camni', 'wah ..haraki giler aku ni'. Last-last munculah 'fajar dari sakhra'. Aku dapat rasakan sesuatu daripada nama ni. Bila aku rasa ni la nama blog aku, maka timbul la persoalan seterusnya-kenapa 'fajar dari sakhra?'

Fajar. Aku rasa semua orang tahu apa maksud fajar tapi bagi aku, fajar membawa seribu hikmah dan maksud tersirat yang boleh diamati. Fajar merupakan permulaan bagi sebuah kehidupan. Fajar juga merupakan simbol kemunculan cahaya yang terang- benderang setelah gelap pekat malam bertamu. Bagi aku, fajar memberi erti permulaan, cita-cita, harapan dan kemenangan. Fajarlah yang menjadi sebab seorang hamba bangun dan meninggalkan kelazatan tidur untuk sujud mentaati perintah Tuhannya. Fajar menjadi pembeza antara mu'min, fasiq dan kafir. Fajar ialah islah dan tajdid.

Sakhra. Padang pasir luas yang berdebu.Tiba masa berangin kencang tapi ada kala bertiup tenang. Malam kadang- kadang menghimpit tulang dan siang kadang-kadang membakar belulang. Bagi aku itulah kehidupan. Safar di padang pasir seumpama menyerahkan nasib diri tanpa sebarang jaminan. Belum tentu cukup air untuk dijadikan bekal. Belum tentu bayangan takungan menjanjikan kenikmatan. Tiba malam pula, tiada teman dan panduan melainkan bintang dan bulan. Aku rasa itulah hidupku sekarang. Bergerak mengheret tubuh dan mengerah kudrat dalam perjuangan bernama kehidupan semata-mata berbekalkan tawakal dan percaya.Yup! tawakal dan percaya.

Jadi,aku kira keduanya-duanya sinonim dengan diriku. Fajar-aku selalu mengharapkan ketibaan fajar dan aku sendiri merupakan fajar. Sakhra-kini sememangnya aku anak sakhra dan hidup ku juga bagaikan sakhra. Inilah medan milikku dan aku mulakannya dengan basmalah...

Pakcik kata...

Pakcik kata tarbiah tu ada 3 peringkat. Mula-mula ILMU DAN MA'RIFAH. Mengetahui dan menyimpan maklumat menggunakan aqal. Lepas tu beralih ke peringkat WUJDAN. Maknanya penghayatan dan keyakinan menerusi hati. Tak berhenti setakat itu, perlu bergerak ke peringkat 'IBRAH DAN SULUK. Membawa maksud penterjemahan penghayatan dan keyakinan dalam kehidupan.

Kata pakcik, banyak orang khususnya penuntut ilmu sampai ke peringkat pertama. Berhasil mengumpul maklumat dan tahu segala ilmu dengan lengkap. Tapi bukan semua yang sampai tu berjaya ke peringkat kedua. Natijahnya, ramai yang tahu kelebihan zikir tapi tak ramai berusaha melaziminya. Ramai orang tahu jihad besar ganjarannya tapi berapa ramai jer sanggup turun ke medan dengan sepenuh hati. Bukan sikit orang bercakap soal kenikmatan syurga tapi tak ramai yang giat beramal untuknya.

Tambah pakcik, bila ada yang sampai peringkat kedua, cabarannya lagi getir. Tahu dah tahu. Hayati dan yakini pun sudah. Tapi ilmu tu terhenti setakat tu jer. Tak bagi kesan pada akhlaq dan cara hidup. Malahan i'tiqad pun masih tersasar. Firaun yakin akan kenabian Musa dan Harun tapi tak mahupun dia beriman kepada Allah. Abu Talib tahu dengan pasti, yakin dengan sepenuhnya yang Muhammad itu bukan pembohong. Jauh sekali gila. Namun tetap jugak dia tidak beriman dengan dakwah anak saudara kesayangannya tu sampai mati. Kalau orang Islam pulak, ramai je yang yakin Allah tu maha mengetahui tapi tak la seramai tu yang tak berani mengumpat, mencuri ataupun paling tidak simpan perasaan ujub dan hasad dalam hati.

Pakcik terus berkata yang seharusnya ilmu itu membawa manusia kepada ketiga-tiga peringkat. Setelah tahu dia yakin dan setelah yakin dia terjemahkan keyakinan itu dalam kehidupan. Keyakinan tu merubah i'tiqadnya. Keyakinan tu membentuk akhlaqnya. Keyakinan tu membakar semangatnya dan memperteguh pendiriannya. Keyakinan itu akan muncul hasil d dari keikhlasan mencari kebenaran. Bukan dari lama atau sekejap dia mengumpul ilmu. Wasil bin Atha' lama berguru dengan Imam Hassan al-basri tapi rosak juga dia akhirnya. Ahli-ahli sihir yang asalnya seteru Musa terus tunduk sujud kepada Allah bila mengetahui dan meyakini kebenaran yang terbentang. Tak tunggu-tunggu. Tak tangguh-tangguh. Di tempat yang sama, di depan Firaun yang sama. Itulah kesan ilmu yang pantas begerak dari peringkat pertama ke peringkat kedua dan ketiga hasil dari keikhlasan dan kejujuran dalm pencarian.

Pakcik kata lagi sebelum berpisah " Al-Quran ini mengandungi kisah-kisah orang yang terdahulu dan orang yang terkemudian. Al-Quran bawa kisah bukan sekadar untuk tujuan 'izah tapi 'ibrah. Dalam bahasa, kalimah 'ibrah berasal dari perkataan tiga huruf -'ain ba ra- jalan, lintas, lalui. Kisah-kisah dalam Al-quran diturunkan untuk jadi panduan bagaimana hidup ini perlui dijalani, dilintasi, dan dilalui. Dia macam manual book. Kita semua tahu hari esok dalam kehidupan merupakan misteri yang mustahil manusia dapat mengetahuinya. Berjalan menuju hari esok seumpama menapakkan kaki ke hadapan dalam keadaan gelap dan teraba-raba. Tak de siapa yang tahu apa yang menanti di hadapan. Tapi Allah tu sifatNya sangat pemurah. Sangat pengasih bagi yang beriman. Dia datangkan kisah yang sarat dengan ibrah. Jadilah orang yang beriman itu tenang, yakin untuk melangkah menuju hari esok. Orang beriman itu mengetahui, meyakini dan mengambil pelajaran berkesan dari 'ibrah. Tak tahu dengan pasti pun tak pe apa yang bakal berlaku hari esok . asalkan hidup dijalani berpandukan ibrah.

Aku merenung jauh. Siapakah aku dan di mana aku sekarang?..