Tuesday, December 8, 2009

Sunnah dan Tarbiyah

Seperti biasa ,tiap pagi Selasa aku berpeluang berlama-lama depan komputer kerana kelas aku hanya akan bermula pada pukul 10 pagi sebelum berlanjutan hingga ke maghrib. Bila aku buka ym dengan harapan yang nama 'marhamah jailani' akan menyala (rindu bangat sih! nak call dah takde duit nak topup) tiba-tiba seorang rakan menegur, suruh baca latest entry dari satu blog terkenal. Menarik katanya. Aku baca entry tersebut. Memang ideanya menarik. Secara umumnya aku bersetuju dengan penulis. Namun ada beberapa kenyataan dala tulisannya yang tidak berapa menyenangkan hati aku. D sini aku perturunkan keratan tulisan tersebut:

Tetapi sebahagian daripada amalan yang wujud di dalam masyarakat, tidak semestinya Bid’ah hanya kerana ia tidak menepati satu teks Hadith. Daripada manakah asalnya perbuatan melafazkan niat sebelum mengangkat Takbir Solat? Mengapakah adanya bacaan wirid secara berjamaah selepas Solat? Apakah asal usulnya bacaan Tahlil di dalam majlis keraian masyarakat? Daripada manakah susur galur terjadinya bacaan Talqin selepas pengebumian jenazah? Bagaimanakah pula dengan menjadikan al-Fatihah sebagai doa umum yang dibaca di kebanyakan tempat dan sempena?

Sebahagiannya, berasal usul daripada proses mendidik dan memudahkan golongan bermasalah untuk melaksanakan ibadah. Melafazkan niat sebagai bantuan kepada golongan musykil seperti masalah was-was, menggunakan al-Fatihah sebagai doa umum pada keterbatasan kemampuan masyarakat menghafal pelbagai doa, wirid berjemaah selepas Solat sebagai satu proses Tarbiyah… kesemua itu memerlukan pendukung Tajdid untuk lebih teliti pada usaha memurnikan amalan masyarakat.



Sebenarnya aku memang malas nak mengulas isu bidaah, wahabi dan sebagainya. Malas kerana letih. Letih dengan isu yang makin dibincang makin serabut. tapi memandangkan aku dah pun terbaca tulisan ni dan tulisan ini pula datang dari bukan calang-calang orang, maka aku rasa bertanggungjawab untuk memberi kritikan. Sekurang-kurangnya aku perlu menerangkan pendirian aku pada yang mahu mengetahuinya.

Dalam tulisan tersebut penulis mahu menegur sifat kebanyakkan orang yang suka mengitlakkan ( generalize) sesuatu perkara terhadap sesuatu pihak dan beberapa contoh pun telah diutarakan. Aku bersetuju 100 peratus. Cuma bila menyetuh soal bidah dan hubungkaitnya dengan tarbiyah aku jadi sedikit mahu mengulas;


1) Sebahagiannya, berasal usul daripada proses mendidik dan memudahkan golongan bermasalah untuk melaksanakan ibadah. Melafazkan niat sebagai bantuan kepada golongan musykil seperti masalah was-was- Menurut pendapat aku, yang sebenarnya menjadi sebab kepada was-was ketika hendak memulakan solat ialah melafaz niat itu sendiri. Lafaz niat bukan membantu dan menolong. Buktinya, berapa ramai yang angkat tangan dan melafazkan takbir kemudian terpaksa mengulangi perbuatan ini berkali kali hingga kadang-kadang imam sudah rukuk pun belum sudah lagi dia mengangkat takbir. Bila ditanya kenapa maka jawaban yang famous ialah:" Niat tak masuk lagi' dan seumpanya. Ada juga yang menyangka lafaz takbir perlu disertai dengan sebutan niat ( sahaja aku solat ......) dalam hati. Bila takbir dah habis sedangkan sebutan dalam hati tu tak habis lagi, maka takbir pun diulang -ulang lagi. Tidak dilupakan lafaz niat yang diajar mesti dalam bahasa arab (usolli...) ataupun bahasa melayu ala sanskrit! Maka ubat yang disangka boleh menyembuh penyakit tadi bertukar kepada virus penyakit kedua pula. Was-was satu hal. Kena hafal ayat bahasa arab pula. Yang lebih parah, lafaz dan perbuatan melafazkan niat tadi tu disandarkan kepada Nabi dengan status sunnah! Seolah-olah nabi pernah melakukan perkara yang sedemikian. (Bukankan sunnah itu ialah ucapan, perbuatan dan persetujuan dari baginda?) Maka timbul pula masalah ketiga- berbohong atas nama nabi. Adalah jauh lebih baik sekiranya didikan kepada orang was was ini berupa pengajaran terhadap hakikat sebenar niat dalam hidup insan dan bagaimana solat yang didirikan nabi, bukan makin menambah beban dan celaru dalam hatinya.


2) menggunakan al-Fatihah sebagai doa umum pada keterbatasan kemampuan masyarakat menghafal pelbagai doa- Satu lagi perkara yang aku anggap bukanlah proses tarbiyah yang baik bahkan boleh menimbulkan masalah lain yang lebih parah. Didikan yang akan menanamkan kefahaman doa itu satu ayat yang perlu dihafal (aku maksudkan doa yang bukan mathur dari nabi) bukan lagi satu perbuatan meluahkan perasaan, merengek dan meminta pada yang Maha mendengar, melihat, mengetahui, kaya, dan mengasihani. Kita boleh lihat jemaah haji yang sanggup bersusah payah membaca buku doa yang dikalungkan di leher dalam kepadatan manusia ketika bertawaf dan mendedahkan diri pada risiko rempuhan dan dipijak dengan tidak melihat jalan di hadapan kerana sedang khusyu' membaca buku. Ada juga selepas solat lebih memilih mengaminkan doa yang dibaca oleh imam tanpa difahami maknanya berbanding dia berdoa untuk kebaikan dirinya dalam bahasa yang dia faham dan dapat hayati. Alasannya " aku tak hafal doa panjang- panjang macam imam. Baik aku aminkan jer". Pada hemat aku, didikan yang lebih utama untuk disampaikan ialah membetulkan persepsi terhadap doa yang sebenar (Permintaan yang tulus, bukan skrip yang dihafal). Perbuatan mencadangkan doa itu dan doa ini (yang bukan warid dari hadith baginda) kepada mereka yang tidak mahir berbahasa arab akan menimbulkan salah tanggap yang berpanjangan terhadap doa di samping seolah-olah mengiyakan pemahaman 'doa dalam bahasa arab lebih afdal'.



3) wirid berjemaah selepas Solat sebagai satu proses Tarbiyah- Aku tak nafikan sememangnya wirid selepas solat secara berjemaah boleh menjadi satu cara mengajar orang-orang yang belum berkemampuan untuk berwirid dengan wirid baginda atas sebab kejahilannnya seperti yang telah disebut panjang lebar oleh Imam Syafie r.a dalam al-Umm. Cuma yang aku lihat, atas alasan ini, sunnah yang sebenar telah dipandang sepi, bahkan sangat sepi! Hingga orang yang menurut tuntutan sunnah yang sebenar dianggap malas dan salah! Perkara ini juga meleret leret hingga ke tempat orang menghafaz quran pun perlu dijemaahkan juga wiridnya. Seolah-olah yang telah hafal quran 30 juzu' tu nak baca ayat kursi pun tak mampu. Yang lebih memilukan, perbuatan ini terus menerus disandarkan pada nabi seolah-olah nabi memang melazimi perkara ini setiap kali selepas solat seperti amalan kebanyakkan kita. Usaha mendidik manusia dengan jemaahkan wirid seharusnya berlangsung serentak dengan usaha memberitahu tentang sunnah yang sebenar tapi yang berlaku hari ni, sunnah nabi yang sebenar hampir tidak dikenali langsung dan kalau ada orang yang cuba berusaha untuknya, orang itu pasti dikecam hebat dengan pelbagai label.



Ini adalah cerminan pemikiran sebahagian aktivis dakwah yang aku kurang menyetujuinya. Tak kurang juga yang berani menghalalkan bidaah, meredhainya untuk terus berlaku dengan alasan' maslahat dakwah lebih utama sheikh. Kita kena pilih mudharat yang lebih ringan!" Kurangnya usaha untuk bawa masyarakat kepada sunnah sebenar tapi lebih cenderung untuk mengiyakan perbuatan salah mereka dengan kata-kata yang menyedapkan hati demi meraih kepentingan-kepentingan tertentu sangat membimbangkan aku. Dakwah sememangnya perlu dilakukan dengan hikmah namun hikmah bukan bermaksud kita boleh katakan betul pada yang salah. Menunjukkan contoh dengan komitednya kita pada sunnah jauh lebih berhikmah daripada bermujamalah. Cakaplah dengan lembut tentang pendirian kita dan biarkan mereka membuat pilihan. Insyaallah, inilah ubat yang mujarab.Andai masih ditohmah selapas bercakap lembut dan bermuka manis, bersabarlah. Itu memang sunnah dakwah.


Lastly, aku ingin tutup entry ni dengan kata-kata seorang ulama yang aku kagumi " andai ada masalah antara sikap manusia dengan sunnah nabi, maka kita perlu usaha untuk baiki sikap masyarakat itu supaya sesuai dengan sunnah nabi, bukan kita cuba baiki sunnah nabi yang dah ada untuk sesuaikan dengan sikap masyarakat"

3 comments:

Man said...

Assalamualaikum sahabat,
Semuga Allah SWT menunjuki kita ke jalanNya yang benar lagi lurus.

Kadang-kadang kita membuat andaian dengan pemikiran kita sendiri dan di atas jangkauan ilmu yang kita ada, sedangkan kita sendiri tidak berada dalam kancah yang sebenar untuk mengetahui dan memahami hakikat sesuatu yang terlahir itu.

Kadang-kadang kita mencari suatu jawaban kepada suatu persoalan, tetapi kita telahpun menetapkan jawaban itu dalam sanubari kita sendiri, maka kita mencari jawaban berlandas kepada kehendak yang telah ujud dalam sanubari kita, sehingga kita memikir dengan jenuh untuk mencapai penyelesaian permasalahan tetapi jawabannya tidak pernah kita temukan kerana setiap jawaban yang kita temukan itu tidak menepati apa yang ada dalam sanubari.

Wahai sahabat,
Setiap yang berlaku itu adalah dengan ketentuan Dia, Yang Maha Berkuasa jua..
Ingatlah ini dengan ingatan yang benar dan bersungguh-sungguh. Fahami dengan kefahaman yang jitu dan teliti.
Semuga Allah menunjuki kita ke jalan yang diredhai olehNya.

lil Biruny said...

salam.. baru berkesempatan nak baca blog abang Bad.. huhu.. x tertunggu2 nama naufal jailani keluar eh?? hoho..

btw, ulasan yang menarik.. Terima kasih atas pencerahan.. :)

ibnmahdzir said...

Salam.
Ulasan yang menarik. Sukar hendak di jelaskan kepada masyarakat umum untuk membezakan antara yang dituntut dan tidak. Inilah kesannya apabila ilmu diperolehi secara warisan tanpa huraian dan penjelasan.