Sunday, October 18, 2009

Antara Wahabi dan Liberalist

Tarikh: satu hari sekitar tahun 2006-2007
Tempat: Bilik Ust XXX, Darul Quran, Kuala Kubu Bharu


Ustaz : Ana dapat laporan enta cuba lakukan perpecahan di DQ

Aku : Ana buat apa ustaz?

Ustaz : Betul enta tak berwirid dan berdoa lepas solat zuhur semalam di masjid? Enta jadi imam kan?

Aku : Memang ana jadi imam solat zuhur semalam. Ana berwirid dan berdoa cuma tak dalam bentuk jemaah jer

Ustaz : Enta sedar tak perbuatan enta akan menimbulkan huru hara dan perpecahan di kalangan pelajar DQ? Kenapa yer bila naik sem 5 sem 6 jer terus nak jadi wahabi?

Aku : Maaf ustaz, tapi ana tak nampak pun apa-apa perpecahan yang berlaku. Kalau kira nisbah, 10 kali ana jadi imam, sekali jer ana buat camni, 9 kali yang lain ana buat jer majlis bacaan doa selepas solat. Niat ana hanyalah ingin membuka pemikiran pelajar pelajar agama di sini supaya mencari dan mendalami lagi ajaran agama kita melepasi sempadan mazhab dan adat tradisi. Lagi pula, Imam Syafie dalam al-Umm pun pernah cakap yang imam boleh mengeraskan suara untuk wirid selepas solat dengan tujuan mengajar ma'mum yang mungkin tak mampu lagi untuk berwirid sendirian. Tapi bila imam dah yakin ma'mum dah mampu buat sendiri maka adalah lebih baik untuk kembali berwirid secara perlahan dan sendirian. Ana rasa pelajar-pelajar DQ yang hafaz al-Quran ni mampu untuk berwirid sendiri dah. Takkan Ayat Kursi pun tak leh baca.


Perbincangan terus berlanjutan dengan istilah istilah seperti ' Wahabi', 'Kaum Muda', 'tak hormat ulama' kedengaran memenuhi ruang bilik ustaz. Aku diam dan hanya mampu memohon pertolongan Allah dalam hati slow-slow..bukan senang nak pegang sunnah...patut la Baginda s.a.w. suruh 'gigit dengan geraham' sunnah ni..



##########################################################


Tarikh : 18 Oktober 2009
Tempat : Kafeteria Jamiah Ummul Qura, Aziziyah

Aku : So brother, since you are newly-wed, where did u go for your honeymoon?

Imran : Nowhere. In Islam, we dont have such thing

Aku : What? Are u serious?

Imran : Where did our Prophet (pbuh) bring Aishah r.a for honeymoon? Nowhere right?

Aku : That doesn't mean that that thing is prohibited.

Imran : Yeah, I know, but Prophet said man tashabbaha bi qaumin fahuwa minhum (siapa yang menyerupai satu kaum tu maka dia dari golongan kaum tu)

Aku : I understand that hadith in different way. If I see a buddhist guy drive a chevy, does it mean that we are now prohibited from driving chevy?

Imran : I didnt say that honeymoon is haram. I just say that the Prophet didnt do that

Aku : Yeah i know, but when you say that in Islam there is no thing called honeymoon, i am little bit uncomfortable. Honeymoon is in 'muamalat' sect not the ibadah sect, so the usual for this case is' al-aslu fi syai' al- ibahah hatta yadulla ad dalil ala tahrimihi (Hukum asal bagi sesuatu perkara yang bukan ibadah itu ialah harus sehingga ada dalil larangan terhadap perkara tersebut)

Imran : Oh please, dont be like egyptian. They always say this thing

Aku : No. I just speak up my opinion as a syariah student (Aku dah gelak-gelak waktu ni)

Imran : I afraid that Malaysia will turn you into a liberalist


##########################################################


Aku pulang ke rumah sambil ketawa kecil sendirian. Perbualan dengan kawan aku dari Guyana sebentar tadi betul2 mencuit memori silam. Kalau dulu, sebelum aku bergelar 'student Makkah', aku telah dilabel dengan pelbagai jenama 'wahabi', 'biadap dengan ulama', baru tahu hadith sepatah dua dah nak tunjuk perangai' dan sebagainya. Lain pulak sekarang. Aku dah hampir 3 tahun belajar di sini dan sekarang orang kat sini pulak kata aku ni 'liberalist', 'tak ikut sunnah' dan sebagainya..huhu, terbalik kan?

Kali ni aku bukan nak tulis pasal wahabi, kaifiyat wirid selepas solat beserta dalil ataupun yang sama waktu dengannya. Aku cuma ingin catatkan pengalaman ini untuk tatapan anak cucu ku nanti. Jangan risau dan berdukacita dengan jenama yang diberi walaupun mungkin jenama itu menguris hati untuk seketika. Betulkan sikap dengan al-Quran dan Sunnah, jujur dengan syariat Islam, jalan di hadapan pasti terbentang luas..seluas hatiku kini... :)

4 comments:

Fida said...

Salam,
Dah lama baca tapi tak komen.

Kadang2 pemikiran orang Islam ni sempit sikit. Suka ambil yg susah, padahal Islam itu mudah dan permudahkan kehidupan.

Anonymous said...

walaupun aku xt'libat dlm kisah kat DQ tu.tapi aku tetap senasib dgn hg.he3..
makin kita belajar tinggi2,makin aku terasa kejahilan yg teramat sgt.kdg2 aku pikir gak,apa la yg aku blajaq selama aku idup dulu..bukan aku nak kata aku dah pandai bila ngaji kt sini,tapi jurang aku ngan kwn2 aku yg lain dari seluruh plosok dunia mewajahkan sgalanya..terasa mcm aku je paling bodoh kt dlm kelas..
tapi alhamdulillah hg ada kt sini,bukan hg sekadar sahabat tapi hg gak sumber rujukan yg xmampu aku nk selesaikn..semoga kita sentiasa bersatu dari semasa ke semasa..

Abdul Munir Sanusi said...

bukankah al-qur'an dan as-sunnah sudah membentangkan sejak sekian lama. tapi kita berpegang juga dgn adat yang entah betul entah tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan

semoga terus thabat di atas jalan ini. slm ukhuwwah dr jordan

azhan said...

salam, tuan bad.

bila aku baca entry ini, aku teringat masa kat kisas dulu. dgn badar, dgn ustazah(lupa dah nama dia). ada je nama ko disebut2.
masa 2, aku mmg x tau papa dan malas nak amek tau. huhu, jahil sungguh. follow the flow je aku dulu..tersenyum aku, bila ingat balik2 zaman muda2 dulu.

tp alhamdulillah, skrg ni aku dah mula paham... kalo kat DQ pun mcm tu, apa lg kat kisas. semua syapie, ntah betul ntah imam syafie ckp mcm tu.blum tentu nabi kita ckp camtu. huhu..

kagum aku ngan ko bad, sunnah di tangan ko sejak zaman sekolah lg.
kalo jumpa nnt, bleh kita borak2...
selamat..